Status Keputusan Temu Duga SPP PPP DG41 | Carta Alir Keputusan Temu Duga SPP PPP DG41

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Setelah keluar keputusan temu duga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), saya yakin akan ramai tertanya apakah status bagi setiap keputusan tersebut.

CALON BERJAYA
Tahniah! Anda telah berjaya mendapat tawaran lantikan dan hanya perlu menunggu penempatan. Anda perlu mencetak surat tawaran lantikan dan simpan baik-baik! Anda boleh merujuk TINDAKAN SETELAH MENDAPAT SURAT TAWARAN PELANTIKAN PPP DG41 OLEH MOHD AZRINSYAH BIN ABD AZIZ.

Carta alir calon berjaya
Calon berjaya → Lengkapkan PSTT → Tunggu arahan pengisian E-graduan → Keputusan E-graduan → Lapor diri → Serahkan PSTT kepada kerani sekolah


CALON SIMPANAN
Tahniah! Anda juga dikira berjaya namun perlu menunggu kekosongan dalam tempoh setahun sebelum ditempatkan di sekolah. Ini bermakna, anda perlu menunggu kesemua penempatan calon yang berjaya selesai dan sekiranya ada kekosongan dalam tempoh setahun, maka surat lantikan akan ditawarkan oleh pihak SPP. Calon perlu sentiasa peka akan pengumuman daripada pihak SPP. Calon juga diingatkan untuk menyimpan dan mencetak surat pemberitahuan calon simpanan.

Carta alir calon simpanan
Calon Simpanan → Tunggu penempatan calon berjaya selesai → Ada kekosongan dalam tempoh setahun → SPP keluarkan pengumuman : Surat Tawaran Lantikan → Lengkapkan PSTT → Tunggu arahan pengisian E-graduan → Keputusan E-graduan → Lapor diri → Serahkan PSTT kepada kerani sekolah

Berdasarkan temu duga sebelum ini, kesemua calon simpanan berjaya mendapatkan penempatan dalam tempoh setahun. Namun, ia tertakluk kepada kuasa yang melantik iaitu SPP dan perubahan semasa, bukan saya.


CALON TERTAKLUK KEPADA KELULUSAN MESYUARAT SURUHANJAYA
Tahniah! Calon tertakluk sama seperti calon simpanan. Namun, perlu menghantar dokumen yang tidak lengkap kepada SPP untuk mendapatkan pengiktirafan daripada pihak MQA dan SPP. Calon ini juga perlu menunggu seperti calon simpanan.

Carta alir calon tertakluk
Calon perlu hantar dokumen tidak lengkap semasa temu duga → Tunggu pengesahan MQA dan SPP → Tunggu penempatan calon berjaya selesai → Ada kekosongan dalam tempoh setahun → SPP keluarkan pengumuman : Surat Tawaran Lantikan → Lengkapkan PSTT → Tunggu arahan pengisian E-graduan → Keputusan E-graduan → Lapor diri → Serahkan PST kepada kerani sekolah


CALON TIDAK BERJAYA
Ini bermakna calon tidak berjaya mendapatkan lantikan daripada pihak SPP. Perlu diingatkan, keputusan temu duga bergantung kepada kekosongan jawatan dan opsyen disamping beberapa faktor lain semasa temu duga. Keputusan juga muktamad. Tindakan selanjutnya adalah mengemaskini permohonan SPP di JobsMalaysia.Com dan memastikan permohonan lengkap agar berpeluang untuk panggilan temu duga pada masa akan datang.

Carta alir calon tidak berjaya
Calon tidak berjaya → Kemaskini permohonan di SPP → Kekosongan jawatan dan opsyen → Permohonan lengkap → Panggilan temu duga


*Temu Duga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 bagi calon Universiti Awam (UA) akan dijalankan sekurang-kuranya sekali setahun bergantung kepada kekosongan dan opsyen.
*Tulisan ini berdasarkan pengalaman saya dalam urusan penempatan graduan ISMP UA (GGPUA). Saya tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian SPP.

Sekian.
Mohd Azrinsyah bin Abd Aziz

3 comments:

Mohd Hasif said...

Assalamualaikum Azrin. Sebagai calon simpanan, apa yang membuatkan seseorang calon tersebut menjadi calon simpanan? Adakah sebab saya kurang menyerlah semasa temuduga.

Mohd Azrinsyah Abd Aziz said...

Waalaikumussalam. Semasa temu duga, setiap calon ada markah. Jadi ia berdasarkan pemarkahan.

Pihak SPP pernah nyatakan perkara ini semasa mereka membuat taklimat di UPSI.

Unknown said...

Saya Lily..mendapat keputusan tertakluk kepada kelulusan mesyuarat suruhanjaya...apa dokumen yang tidak lengkap semasa temuduga yang perlu dikemukakan dan dihantar kepada spp untuk pengesahan MQA dan SPP seperti dinyatakan. Adakah saya perlu menunggu keputusan atau bagaimana?Mohon pencerahan.

Post a Comment