Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Mohd Azrinsyah Bin Abd Aziz merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Multimedia) dengan Kepujian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Berumur suku abad 3 tahun pada 2020 dan kini menetap di 2 daerah negeri Di Bawah Bayu - Sabah iaitu Paitan dan Tawau.
Kini, bertugas sebagai pendidik di sebuah sekolah di Pekan Baru Paitan sejak Oktober 2018. Paitan merupakan sebuah kawasan pedalaman yang kira-kira 200km daripada daerah Beluran. Pendidikan awal bermula di SK Bombalai, Tawau bermula tahun 1999 sehingga 2004 dan seterusnya di SMK Abaka, Tawau pada tahun 2005 sehingga 2011.
Pada tahun Februari 2013, melanjutkan pengajian di UPSI sehingga Januari 2017 dan telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan pada tahun Oktober 2017. Sepanjang pengajian, telah menjawat beberapa jawatan dalam persatuan pelajar termasuklah sebagai Naib Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UPSI.
Blog ini merupakan sebuah tulisan yang ingin kongsikan kepada pembaca berdasarkan pengalaman penulis agar dapat memberi manfaat kepada pembaca dan diri kelak.
Sekian.
Sekian.
No comments:
Post a Comment