Panduan Kemaskini Maklumat Permohonan SPP dalam JobsMalaysia.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Berikut merupakan langkah-langkah kemaskini maklumat permohonan jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) di dalam laman web JobsMalaysia.com.

*PENAFIAN :
Panduan ini disediakan oleh Gerakan Graduan Pendidikan Universiti Awam (GGPUA)

Status Keputusan Temu Duga SPP PPP DG41 | Carta Alir Keputusan Temu Duga SPP PPP DG41

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Setelah keluar keputusan temu duga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), saya yakin akan ramai tertanya apakah status bagi setiap keputusan tersebut.

CALON BERJAYA
Tahniah! Anda telah berjaya mendapat tawaran lantikan dan hanya perlu menunggu penempatan. Anda perlu mencetak surat tawaran lantikan dan simpan baik-baik! Anda boleh merujuk TINDAKAN SETELAH MENDAPAT SURAT TAWARAN PELANTIKAN PPP DG41 OLEH MOHD AZRINSYAH BIN ABD AZIZ.

Carta alir calon berjaya
Calon berjaya → Lengkapkan PSTT → Tunggu arahan pengisian E-graduan → Keputusan E-graduan → Lapor diri → Serahkan PSTT kepada kerani sekolah


CALON SIMPANAN
Tahniah! Anda juga dikira berjaya namun perlu menunggu kekosongan dalam tempoh setahun sebelum ditempatkan di sekolah. Ini bermakna, anda perlu menunggu kesemua penempatan calon yang berjaya selesai dan sekiranya ada kekosongan dalam tempoh setahun, maka surat lantikan akan ditawarkan oleh pihak SPP. Calon perlu sentiasa peka akan pengumuman daripada pihak SPP. Calon juga diingatkan untuk menyimpan dan mencetak surat pemberitahuan calon simpanan.

Carta alir calon simpanan
Calon Simpanan → Tunggu penempatan calon berjaya selesai → Ada kekosongan dalam tempoh setahun → SPP keluarkan pengumuman : Surat Tawaran Lantikan → Lengkapkan PSTT → Tunggu arahan pengisian E-graduan → Keputusan E-graduan → Lapor diri → Serahkan PSTT kepada kerani sekolah

Berdasarkan temu duga sebelum ini, kesemua calon simpanan berjaya mendapatkan penempatan dalam tempoh setahun. Namun, ia tertakluk kepada kuasa yang melantik iaitu SPP dan perubahan semasa, bukan saya.


CALON TERTAKLUK KEPADA KELULUSAN MESYUARAT SURUHANJAYA
Tahniah! Calon tertakluk sama seperti calon simpanan. Namun, perlu menghantar dokumen yang tidak lengkap kepada SPP untuk mendapatkan pengiktirafan daripada pihak MQA dan SPP. Calon ini juga perlu menunggu seperti calon simpanan.

Carta alir calon tertakluk
Calon perlu hantar dokumen tidak lengkap semasa temu duga → Tunggu pengesahan MQA dan SPP → Tunggu penempatan calon berjaya selesai → Ada kekosongan dalam tempoh setahun → SPP keluarkan pengumuman : Surat Tawaran Lantikan → Lengkapkan PSTT → Tunggu arahan pengisian E-graduan → Keputusan E-graduan → Lapor diri → Serahkan PST kepada kerani sekolah


CALON TIDAK BERJAYA
Ini bermakna calon tidak berjaya mendapatkan lantikan daripada pihak SPP. Perlu diingatkan, keputusan temu duga bergantung kepada kekosongan jawatan dan opsyen disamping beberapa faktor lain semasa temu duga. Keputusan juga muktamad. Tindakan selanjutnya adalah mengemaskini permohonan SPP di JobsMalaysia.Com dan memastikan permohonan lengkap agar berpeluang untuk panggilan temu duga pada masa akan datang.

Carta alir calon tidak berjaya
Calon tidak berjaya → Kemaskini permohonan di SPP → Kekosongan jawatan dan opsyen → Permohonan lengkap → Panggilan temu duga


*Temu Duga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 bagi calon Universiti Awam (UA) akan dijalankan sekurang-kuranya sekali setahun bergantung kepada kekosongan dan opsyen.
*Tulisan ini berdasarkan pengalaman saya dalam urusan penempatan graduan ISMP UA (GGPUA). Saya tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian SPP.

Sekian.
Mohd Azrinsyah bin Abd Aziz

e-Graduan - Modul Pengurusan Guru | Penempatan Graduan

e-Graduan merupakan laman sesawang KPM bagi tujuan penempatan guru baharu KPM atau graduan pendidikan yang berjaya temu duga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41. Oleh yang demikian, guru baharu perlu menunggu pengumuman di laman  sesawang KPM atau e-Graduan untuk mengemaskini maklumat peribadi dan pilihan negeri penempatan.

Kenapa perlu tunggu pengumuman?
Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) akan memberikan keseluruhan maklumat guru baharu kepada pihak KPM sebelum pihak KPM membenarkan anda membuat pandaftaran pengguna baru.

Berapakah tempoh kemaskini maklumat?
Kebiasaannya pihak KPM memberikan tempoh 2 minggu untuk kemaskini maklumat.

Apakah tindakan sekiranya anda tidak dapat mendaftar sebagai pengguna setelah pengumuman?
Anda perlu menghubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di talian 03-88847830 / 03-88847741 / 03-88721446.

Apakah tindakan sekiranya terdapat kasalahan maklumat yang tidak boleh dikemaskini?
Anda perlu menghubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di talian 03-88847830 / 03-88847741 / 03-88721446 atau

melalui emel ke egraduan@moe.gov.my untuk diperbetulkan seperti format di bawah:

Tajuk emel : Kemaskini Maklumat Graduan
Butiran :
Nama :
No. KP :
Masalah :

PERINGATAN kepada anda untuk KLIK butang KEMASKINI bagi setiap TAB yang disediakan ;
  1. Butiran Peribadi
  2. Maklumat Pasangan
  3. Maklumat Kesihatan
  4. Maklumat Pengajian
  5. Maklumat Kokurikulum & Bakat
  6. Maklumat Pekerjaan
  7. Pilihan Negeri Penempatan
  8. Pengesahan Pengakuan

Sekiranya anda tidak dapat memuat naik fail sijil nikah dan lampiran surat doktor kerana fail melebihi saiz dibenarkan, anda boleh "compress" fail tersebut di laman web https://smallpdf.com/compress-pdf atau membuat carian di google dengan kata kunci "compress pdf file".

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh merujuk manual pengguna e-Graduan yang telah disediakan.

Bilakah keputusan penempatan negeri akan diumumkan?
Kebiasaannya sebulan selepas tarikh akhir kemaskini maklumat e-Graduan. Namun, anda perlu menunggu pengumuman rasmi di laman  sesawang KPM atau e-Graduan.

Sekian.
Mohd Azrinsyah Bin Abd Aziz

LAMAN SESAWANG UNTUK MAKLUMAT PELAN DAN DASAR PENDIDIKAN MALAYSIA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ni, saya nak kongsi laman sesawang yang anda semua boleh layari untuk dapatkan maklumat berkenaan pelan dan dasar pendidikan negera kita selain dari laman web rasmi KPM.

Antara laman web tersebut adalah :

1. Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan - PADU (https://www.padu.edu.my/my/)

Di dalam laman sesawang ini akan memaparkan hampir keseluruhan pelan pendidikan Malaysia sehingga tahun 2025.

Laman sesawang ini pula banyak berkongsi maklumat berkenaan isu semasa, pekeliling terkini, koleksi soalan dan hal-hal lain berkaitan pendidikan. Ia juga berkongsi berkenaan bahan-bahan pengajaran.

3. CikguShare (http://www.cikgushare.com)
Cikgu Share pula hampir sama dengan laman web Pendidik2u yang juga memaparkan himpunan isu-isu pendidikan, dokumen, tatacara, protokol, panduan, BBM, Latih Tubi dan sebagainya.

Sebenarnya banyak lagi laman sesawang yang sangat membantu saya dalam mendapatkan maklumat dan perkongsian berkeaitan pendidikan. Nanti saya akan kemaskini laman seswang tersebut di dalam hantaran ini.

Sekian, terima kasih. :)

PERSEDIAAN TEMU DUGA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 (PPP DG41) OLEH MOHD AZRINSYAH BIN ABD AZIZ - BAHAGIAN 3

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bahagian 3 ini saya akan kongsikan soalan-soalan yang telah diajukan kepada kumpulan saya (Multimedia dan Teknologi Maklumat) semasa temu duga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (PPP DG41).

Berikut antara soalan yang telah diajukan :

Isu semasa
1) Mengapa pentingnya Pilihanraya Umum (PRU)?

Soalan berkaitan opsyen
1) Apa itu ICT?
2) 11 Anjakan Transformasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), fokus di anjakan 7
3) Kesan buruk penggunaan teknologi internet secara umum.
4) Aplikasi yang diguna pakai oleh KPM dalam PdPc.

* Calon dinasihatkan supaya peka akan isu semasa, terutama isu pendidikan.
* Calon juga perlu mengkaji dasar-dasar dan pelan pendidikan sedia ada.
* Calon perlu bersedia soalan-soalan berbentuk situasi. Contohnya, "Sekiranya anda menjadi guru disiplin....", "Apakah tindakan anda sekiranya....", "Sebagai rakyat Malaysia, .....".

Setiap jawapan yang diberikan akan dinilai oleh panel temu duga. Oleh yang demikian, calon perlulah menjawab dengan jelas dan yakin. Kebolehan untuk menjawab dengan memberikan contoh boleh menarik perhatian panel temu duga disamping gerak tubuh dan riak muka yang yakin.

Jangan lupa, anda perlu berdiri semasa menjawab soalan.

Untuk tips menjawab soalan, anda boleh membaca perkongsian perjalanan sesi temu duga di halaman blog ini.

Sekian, terima kasih.

Mohd Azrinsyah bin Abd Aziz
ISMP Multimedia dengan Kepujian
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)