PENGELUARAN PENUH KWSP BAGI PEKERJA BERPENCEN

Hai. Memandangkan 04/01/2022 saya urus KWSP di cawangan Tawau, jadi saya mau kongsi permohonan pengeluaran KWSP bagi yang memilih pekerja berpencen.

Berikut dokumen yang diperlukan.
1. Lampiran A - Notis Akuan Pelepasan Caruman Kerajaan/Pengiraan Awal (https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/147458/LAMPIRAN+A+-+Notis+Pelepasan+Awal+Caruman+Kerajaan+V01032020_fillable.pdf)
2. Salinan kad pengenalan.
3. Salinan surat pengesahan pelantikan tetap
4. Salinan surat pemberian taraf berpencen.
5. Salinan penyata bank (tidak ada pun tidak apa, boleh berikan nombor akaun dan bank apa)
6. Salinan penyata KWSP (Boleh print di kiosk KWSP)

Bila sampai KWSP, nanti ada pegawai akan semak senarai dokumen dan berikan nombor giliran.

Nanti pegawai di kaunter akan terangkan pasal pengeluaran pekerja berpencen. Anggaran yang kita akan dapat (dari tarikh lantikan tetap hingga tarikh pemberian taraf berpencen) adalah 45%, manakala 55% akan dipulangkan ke KWAP untuk pencen kita. Bagi yang pernah kerja sebelum ini, kita akan dapat 100% KWSP tersebut.

Dimaklumkan juga, tempoh pengeluaran dalam masa 21 hari bekerja. Apapun nanti saya update berapa lama akan dapat. 🤑

Semasa berurusan tadi, pegawai di kaunter hanya ambil Lampiran A sahaja, dokumen lain sebagai rujukan mereka. Itu saja! Semoga bermanfaat! Terima kasih!

PANDUAN PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN PPP DG41 (PENGESAHAN DALAM JAWATAN) - BAHAGIAN 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pengesahan dalam perkhidmatan atau pengesahan jawatan perlu dilakukan dalam tempoh percubaan iaitu 3 tahun pertama perkhidmatan. Sekiranya belum disahkan dalam tempoh 3 tahun, anda boleh memohon untuk dilanjutkan tempoh percubaan.

Pelanjutan tempoh percubaan terbahagi kepada 2 iaitu tanpa denda dan dengan denda (tiada pergerakan gaji bagi tempoh percubaan yang dilanjutkan).

Antara syarat pengesahan dalam perkhidmatan PPP DG41 lantikan SPP adalah :
1. Berkhidmat dalam tempoh percubaan 1 hingga 3 tahun.
2. Menghadiri kursus Program Transformasi Minda (PTM).
3. Diperaku oleh Ketua Jabatan (Pengetua).

BAGAIMANA UNTUK MENGIKUTI PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM)?
1. Permohonan PTM adalah berbeza bagi setiap negeri. Ada negeri yang perlu memohon secara dalam talian (online), melalui borang dan ada yang secara automatik telah memohon selepas lapor diri ke sekolah.

Bagi PPP DG41 di Sabah, kami perlu menghantar borang permohonan ke Unit Latihan dan Pembangunan Staf Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Borang PTM tersebut diberikan oleh pihak sekolah semasa lapor diri.

2. Setelah borang dihantar, sila buat semakan kepada pihak ULPS JPN Sabah samada nama sudah tersenarai dalam sistem permohonan dan perlu menunggu giliran untuk siri PTM.

3. Makluman surat panggilan PTM adalah melalui PPD dan Pengetua. Pihak JPN akan menyenaraikan nama peserta, lokasi dan tarikh berdasarkan siri PTM.

4. Setelah mendapat surat panggilan, anda perlu menghantar borang pengesahan kehadiran.

5. Anda perlu menghadirkan diri bersama dokumen dan barang keperluan yang dimaklumkan. Kursus PTM berlangsung selama 5 hari dan anda perlu mengikuti setiap slot yang dijadualkan. Selama 5 hari juga, anda perlu menduduki 2 ujian yang merupakan markah untuk melayakkan anda lulus dengan jayanya disamping beberapa yang diambil kira.

6. Keputusan PTM adalah bergantung kepada negeri. Ada yang perlu menunggu selepas sebulan 2 mingyu dan ada yang perlu menunggu selepas 3 bulan.

Inilah serba sedikit perkongsian panduan pengesahan dalam perkhidmatan bahagian 1. Bahagian 2 saya akan berkongsi panduan selepas menerima keputusan PTM.